..............Read this blog with a happy face and a big smile. =).................. Dont forget to vote on the Poll!!!

****************** ******Lilypie Baby Ticker"******

Monday, May 16, 2005

Pantun buat guru




Assalamu'alaikum sebagai pembuka,

Kepada cikgu kita,
Ini hanya sekadar seloka,
Janganlah pula simpan didada.


Satu dua tiga empat,
Lepas Darab kita bahagi,
Cikgu senyum tak kira tempat,
Tapi susah nak tengok gigi.


Tv lama berbelang-belang,
Nak marah remote melayang-layang,
Cikgu baik bukan kepalang,
Tulah yang kitaorang sayang.


Hadirmu tanpa diduga,
Pergimu tanpa diminta,
Ilmumu amat berguna,
Untuk kami jadi berguna.


Lompat si katak lompat,
Lompatnya tinggi-tinggi,
Masa berlalu begitu cepat,
Berat hati nak lepaskan pergi.


Tak sedar sampainya waktu,
Tibanya saat kita berpisah,
Kalau ada silap dan salah tu,
Harap cikgu tak kisah.


Kalau ada sumur diladang,
Bolehkah kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Insya-Allah kitakan berjumpa lagi.


Pantun guru: Rafeah Sueraya (SMK Pantun Midan).

4 Comments:

  • At 11:21 PM, Blogger syaqira12 said…

    tiru nampak

     
  • At 5:48 AM, Blogger one 'n' only azim said…

    kawan..aku mintak maaf kat ko banyak2,sbab tergune ko punye pantun dekat skolah kononnya ade hari guruleh tu..skali lagi sori..bai bai!love u!

     
  • At 5:39 AM, Blogger Adriana said…

    Aku nak buat pantun kau kat my guru.jgn mareh K???Bukan i nak nungguk tapi my guru ask me suruh buat pantun.aku nampak ni aku bikin lah.bye?bye?org yg x dikenali langsung dan takde kaitan.....

     
  • At 6:25 AM, Blogger aiaiyaya said…

    mintak kebenaran untuk reproduce dekat sekolah saya, ek?

     

Post a Comment

<< Home